Wednesday, October 22, 2008

Demontrasi Membuat Bekas Hidroponik

Bagi memperkenalkan murid dengan penanaman menggunakan kaedah hidroponik, berikut adalah satu contoh yang boleh digunapakai dalam menghasilkan bekas hidroponik menggunakan bahan-bahan terbuang.

Bertani tanpa tanah?


Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang bererti air dan phonos bererti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamadun awal sebelum Masihi lagi. Taman Tergantung Babylon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyhur diikuti dengan Tamadun Aztec di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara China menanam secara hidroponik. Dalam Tamadun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.